|
Welcome
![]()
De'Owner
ShoutBox Past Tense THANK YOU
Own by : Fifiyfitrianiee
Template by : hazdnul
Template by : Ziera
Others : ✦ ✦ ✦
| Friday, 14 September 2012 | 23:10 | 0 panda
Jadilah seorang lelaki yang beriman,Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,Yang sentiasa haus dengan ilmu,Yang sentiasa dahaga akan pahala,Yang solatnya adalah maruah dirinya,Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,Yang menjaga tutur katanya,Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,Yang menghormati ibu bapanya,Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,Yang tidak pernah membazirkan masa,Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,Suaranya lesu kerana penat berzikir,Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan. -cynta Iman- ![]() | 23:04 | 0 panda ♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥ 1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 3. memang ALLAH sengaja menemukaan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
*bersabarlah duhai jiwaku. tetap tabahkan hatimu. kelak disaat yang tepat bahagia itu akan kau miliki. aminn.
''maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar..'' surah Al-Mukmin: 55
![]() | 05:56 | 0 panda bak kata orang, Dunia akan membeku jika tiadanya Cinta. mungkin kah?
ALLAH .. ALLAH .. ALLAH .. sungguh indah namaMU :)
inilah yang dikatakan sebuah cinta yang diciptakan oleh Allah swt. cinta yang sentiasa membisikkan kita tentang erti kehidupan sebenar. seakan menyapa diri dan semacam melindungi diri biarpun banyak dosa yang menghimpit. janji pada hamba tidak pernah dimungkiri. Cinta dimana tempat jatuhnya pandangan Allah swt, tempat berkumpulnya rahmat dan hidayahNya.
cinta tapi sayang itu begitu murah bagi pandangan manusia yang lalai. wallahualam -,- dibiarkan terus menerus retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam :(
tapi .. masihkan ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta oleh Allah swt untuk menikmati sejuta rasa nikmatNya? nikmat Islam dan Iman, nikmat kebahagiaan dan ketenangan .
namun iman yang seakan hilang dan sempit itu akan berakhir jika kita bersedia dan segera memperbaiki cinta kepadaNya .
melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorang pun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman .
diri kita ini musafir, kadangkala rebah dalam perjalanan menuju ke destinasi. namun tautan ukhwah yang erat merealitikan segalanya. hakikat kembara memang sukar kerana noda tidak henti-henti bertapak dalam hati. '
tidak akan dibiarkan hati ini dibiarkan kosong dengan dunia, tidak dibiarkan hati ini jauh darinya.
sama-samalah kita mencari cinta Allah . Dia akan mencintai kita selamanya . biar betapa besar dugaan yang menimpa, insyaAllah kita akan pasti berasa tenang dan bahagia :')
![]() Wednesday, 25 July 2012 | 07:50 | 0 panda Ya Allah... peluklah hati ini di saat aku mulai gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku. Biarlah ku simpul dalam setiap doa doaku dalam istikharahku kepada-MU,perasaan ini agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku agar bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya Allah.
Ya Allah...
pimpinlah hati hambamu ini agar aku hanya menerima cinta seorang insan yang benar2 pilihan-MU bukan semata mata pilihan nafsuku.
jika memang dia baik untukku,agamaku,masa depanku, dunia dan akhiratku, mampu membimbing dan membawaku lebih dekat pada-MU maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah,mawaddah dan warahmah. Tapi jika bukan dia yang terbaik maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. jadikanlah kekagumanku sama seperti orang lain kagum padanya. Engkau Maha Mengetahui,maka kutitipkan rasa ini.. ku serahkan semuanya kepada-MU kerana semua ini adalah milik-MU. aminn.
meh tengok kata2 kt bawah nie. cantikk! dan semoga berguna utk kita semuaa dlm mncari pilihan masing2 :) insyaALLAH.
Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati, Kerana cintaku bukan pada pandangan semata-mata, Takut jika diwarnai kegelapan.. Kita buta hilang arah.. Pilihanku.. Bukannya pada manis tutur kata bermadah.. Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela.. Andainya suara dikaburi fitnah.. Kita rebah tidak bermaya.. Pilihanku.. Bukan pada banyaknya harta dunia.. Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga.. Bintang kemewahan membawa leka.. Menghilangkan cinta kita padaNYA.. Lalu dimanakah bahagia? Pilihanku itu.. Seorang yang buta.. Buta menilai paras rupa.. Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku.. Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia.. Pilihanku itu.. Seorang yang papa dan hina.. Papa dengan takbur yang menyubur.. Hina kerana sederhana.. Iman memujuk jiwanya.. Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah.. Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan.. Pilihan kami.. Pada agama yang memelihara.. Pada syahadah yang mengiringi.. Pada al-Quran yang membimbing.. Biar.. Cinta kami pada yang Maha Menyintai.. Kerana janjiNYA yang pasti.. Cinta kami pada kekasih Ilahi.. Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki.. Kasih isteri pada cinta yang diberi.. Biarlah sampai ke akhirat nanti.. Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya.. Bukan cuma kekasih duniawi.. Tapi teman menuju syurgawi..
dan yangg pastii diri ini sentiasa mendambakan Imam yg soleh agarr dapatt mmbimbing diri ini. bukan apaa. diri ini hnya wanita akhir zaman. yg ingnkn perubahan yg bernilai solehah ♥ insyallah. aminnn.
![]() | 04:31 | 0 panda
Pesan emak
Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia, Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan, Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun.. Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua.. Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami.. Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti.. Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi. Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci… Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini. Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku. Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh) (Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi) » Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. » Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. » Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. » Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi » Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. » Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. » Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. » Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal. » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. “Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin
ayat di atas nie banyak mengingatkn kita tetang insan yg disygi kalo bukan ibu & ayah kita :') insan yg paling hebat di kurniakn oleh Allah dlm hidup kita. masing2 memilikinyaa. tiada tandingan.
nie nk story sedikitt kisahh sy lah :D
saya:''mak. nk pinjam al-Quran kecik mak tu boleh? teringin nk baca Quran yg kecik pulak. hehe''
emak:'' ok. gunalh. tp janji jgn hilangkn yeh?''
saya:'' ok! timekasih'' <----- gembiraa :))
saya: ''ayah. boleh tk kalo faa nk duit? nk beli barangg ckittlah''
ayah:'' nah! banje leklok''
saya:''timekasih!''
dalam hati memg gembira. tp sedih jgk. kekdg tu slalu buat mak ayah sedih. tp dorang always layan kita dgn baik. sanggup brhabisan duit, masa & tenaga. kita nt mcmne? dah cukupp tenaga utk bahagiakn dorg jgk?
dr kita kecik lg, dorg sanggupp brhabis tenaga nk carik nama yg indah utk kita, seindah akhlak kita. menyayangi kita bagai intan permata. melindungi kita. kecewa manapun merekaa tetp brsama kita.
apakh sudah ckp bg kita dgn hnya TERIMA KASIH mmpu mmbalas segala budi & jasa dorg kt kita? atau sudahkh kita membahagiakn mereka setakat ini?
trlintas di fikiran nk ciptakan kata2 utk ibu & ayah trcinta. try tgk bwh k!
duhai ibu dan ayah trcinta.
sungguh mulia hatimu.
membesarkn kami dgn penuh ksh syg.
tanpa rasa jemu. tnpa penatt lelah. tnpa sedikit mgharapkan balasan
dari kami.
dari kecil kau bimbing kami, menyekolahkn kami,
agar kami mengenal apa itu ilmu duniawi.
apa itu ABC dan 123
tiada apa yg d kata, hanya kebahagiaan dan kejayaan
masa depan yg engkau harapkan.
dari kami.
mengajar kami solat, mengaji & mndidik kami dgn akhlak yg trpuji, dgn penuh semangat,
agar kami mengenali apa itu ilmu duniawi.
bagi ibu yg di cintai sepjg masa.
sejak dalam kandungan lg. kau telah menyayangi kami.
membelai kami dr luaran perutmu
meskipun kami blom mengetahui apa2.
hanya sekadarr mnjadi tempat kediaman sementara.
kau nyanyikn kami dgn ayat2 alQuran. agar kami sntiasa tenang semasa
dlm kandungan mu itu.
membelai kami dgn tanganmu yg lembut tanda kebahagiaanmu yg tiada trhingga.
yg akn menyinari harimu, dgn kehadiran kami nti.
oh Allah!
apakh sudah ckp kebahagiaan yg kami lakukn kpd kedua ibu bapa kami sekarang?
ayah yg dikasihi selamanya.
banyak pengorbanan yg kau berikn kpd kami.
hujan panas kau sanggup redahi.
demi kami yg dahagakn sebutir nasi.
tnpa rasa jemu kau tetp brtahan, mmbuktikn kau mampu mcari nafkah.
mmbuktikn kau mampu mnjadi ayah yg trbaik!
suami yg baik kpd ibu kami! :(
sakitmu kau tidak pedulikn, mnjadikn kau lebih tabah akn erti kehidupan sbg seorg pemimpin
yg digelar ayah.
kekuatan mu mnjadi pelindung kami.
titik peluhmu mnjadi rezeki kami sepjg masa.
ya Allah. berkatilah mereka.
ampuni segala dosa mereka.
lindungi mereka dibawah cahayaMU.
jgn tinggalkn mereka.
jauhi mereka dr segala kesakitan.
limpahknlah rezeki yg melimpah ruah dlm hidup mereka.
tabahknlah hati mereka dlm menempuh segala ujianMu.
semoga mereka trgolong dlm kalangan hamba yg dikasihiMu. aminn.
alhamdulillah.
syukur bagi kita kerana masih mmpunyai insan yg sentiasa menyayangi kita tiap waktu. bahkn sejak kecil lg. tnpa mereka d sisi siapalah kita. doakn kesejahteraan kpd mereka.
jgn sakiti mereka. sedekahkn lah alfatihah stiap masa utk mereka. sayangi mereka & jgn pernah meragui kasih syg seorg ibu mahupun ayah.
syurga itu trletak d bawah telapak kaki ibu. ksh sayang ayah sepjg masa.
thanks for Allah ♥
by: Cynta Iman punye blog :D
![]() Saturday, 14 July 2012 | 17:59 | 0 panda
Ya Allah. jika aku jatu cinta, cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu. agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg telah terpaut padaMu, agar tidak terjatuh dlm cinta nafsu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jatuhlah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu. Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid dijalanMu.
Ya Ilahi, jika aku menikmati cinta kekasihMu, jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di spertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jgn biarkn aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah. jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Aminn.
hadirnya seorang insan dalam hidup kita, pasti Allah sudah tetapkn hikmahnya disebalik pertemuan itu.
cuma mungkin hati kita yg bersulam noda tidak mampu melihat hikmahnya,
dan mengenali 'dia' mengajarku erti sabar dan redha.
-Cynta Iman ♥
![]() | 17:00 | 0 panda pernahkah kamu merasakan anda setabah Khadijah? cintanya agung menjadi kesayangan Rasulullah. pernahkah kamu seperti Aisyah? seorang yg bijak sehingga menjadi pendamping Rasulullah. dan pernahkah seperti Fatimah? rasa cintanya terhadap Ali dirahsiakan, hingga mereka disatukan oleh Allah SWT. pernahkah? T,T diriku tidak. memang ada orang cakap ''tiada manusia yang sempurna''hmm, betul sebab Allah lah yang lebih sempurna. tiada yg dapat menandinginya. diriku hanya wanita biasa. terkadang hanyut dibuai keseronokan dunia. diriku lemah kadangkala tidak dapat menahan kesabaran apabila dirundung malangg. diriku seperti sekuntum bunga. harum mewarna di setiap sudut, tetapi adakalanya layu apabila kegelapan menimpa. diri ini hanya wanita akhir zaman. yang ingin sekali bergelar insan solehah. yang dapat berbakti kepada orang disekelilingnya, yang menjadi perisai kebahagiaan saat diperlukan walaupun hanya sesaat. ingin menjadi seperti matahari, sentiasa menyinari bumi. namun serba kekurangan. terkadang badai cinta melanda, tapi tidak mampu utk menanganinya. adakalanya pandangan mata ini dikaburi oleh syaitan durjana. tapi Allah ingatkan diriku semula. adakalanya diri ini tak layak untuk sesiapa. sebab sentiasa mengerti diri ini mempunyai banyak kekurangan. jauh banyak kelemahannya berbanding dengan insan yang lain. saat memandang ke langit, adakah Allah melihat juga diri ini? lihat keindahan lautan, rasa iri hati. laut tidak pernah berbuat dosa. sentiasa setia kepada Allah. namun sememangnya setiap titisan airmata jatuh kebumi, diri ini harus menyedari betapa bernilainya titisan airmata itu. walaupun diri selalu di uji oleh ya Ilahi, tapi haruslah senyum agar tahu betapa indahnya hidup ini. dan terkadang harus mempunyai kekurangan, agar diri ini tahu betapa beertinya setiap nikmat yang Allah berikan. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar) '' jadilah seperti mawar berduri. tidak mudah disentuh. namun keharuman dan kecantikannya dirasai'' '' jadilah seperti mutiara, dilindungi kaca. tidak mudah disentuh dan dimiliki oleh sesiapa namun hanya segelintir yang menaklukinya'' -> InsyaAllah harapan yang ada akan membuattkn diri ini terus tabah menjadi yang lebih baik lagi. bukan sempurna sebab diri ini sememangnya terus mempunyai kekurangan. tetapi biar lah setiap rezeki yang Allah berikan menyempurnakan diriku secara berterusan. ''cinta ini bersuluhkan iman ya Allah. diri ini memohon kepadaMu agar Kau permudahkan diriku dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. ya Allah. sedarkan aku saat aku terlupa, tunjuk dan bimbinglah aku ke jalan yg benar saat aku tersalah. pelihara imanku ya Ilahi. lindungi aku dan jangan tinggalkan aku.'' Aminn. Yakini Dia. pasti Dia akan membantu~ Assalamualaikum. by: cynta Iman ♥ ![]()
|