Welcome
![]() ![]() De'Owner ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ShoutBox Past Tense THANK YOU ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| Saturday, 14 July 2012 | 17:00 | 0 panda pernahkah kamu merasakan anda setabah Khadijah? cintanya agung menjadi kesayangan Rasulullah. pernahkah kamu seperti Aisyah? seorang yg bijak sehingga menjadi pendamping Rasulullah. dan pernahkah seperti Fatimah? rasa cintanya terhadap Ali dirahsiakan, hingga mereka disatukan oleh Allah SWT. pernahkah? T,T diriku tidak. memang ada orang cakap ''tiada manusia yang sempurna''hmm, betul sebab Allah lah yang lebih sempurna. tiada yg dapat menandinginya. diriku hanya wanita biasa. terkadang hanyut dibuai keseronokan dunia. diriku lemah kadangkala tidak dapat menahan kesabaran apabila dirundung malangg. diriku seperti sekuntum bunga. harum mewarna di setiap sudut, tetapi adakalanya layu apabila kegelapan menimpa. diri ini hanya wanita akhir zaman. yang ingin sekali bergelar insan solehah. yang dapat berbakti kepada orang disekelilingnya, yang menjadi perisai kebahagiaan saat diperlukan walaupun hanya sesaat. ingin menjadi seperti matahari, sentiasa menyinari bumi. namun serba kekurangan. terkadang badai cinta melanda, tapi tidak mampu utk menanganinya. adakalanya pandangan mata ini dikaburi oleh syaitan durjana. tapi Allah ingatkan diriku semula. adakalanya diri ini tak layak untuk sesiapa. sebab sentiasa mengerti diri ini mempunyai banyak kekurangan. jauh banyak kelemahannya berbanding dengan insan yang lain. saat memandang ke langit, adakah Allah melihat juga diri ini? lihat keindahan lautan, rasa iri hati. laut tidak pernah berbuat dosa. sentiasa setia kepada Allah. namun sememangnya setiap titisan airmata jatuh kebumi, diri ini harus menyedari betapa bernilainya titisan airmata itu. walaupun diri selalu di uji oleh ya Ilahi, tapi haruslah senyum agar tahu betapa indahnya hidup ini. dan terkadang harus mempunyai kekurangan, agar diri ini tahu betapa beertinya setiap nikmat yang Allah berikan. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar) '' jadilah seperti mawar berduri. tidak mudah disentuh. namun keharuman dan kecantikannya dirasai'' '' jadilah seperti mutiara, dilindungi kaca. tidak mudah disentuh dan dimiliki oleh sesiapa namun hanya segelintir yang menaklukinya'' -> InsyaAllah harapan yang ada akan membuattkn diri ini terus tabah menjadi yang lebih baik lagi. bukan sempurna sebab diri ini sememangnya terus mempunyai kekurangan. tetapi biar lah setiap rezeki yang Allah berikan menyempurnakan diriku secara berterusan. ''cinta ini bersuluhkan iman ya Allah. diri ini memohon kepadaMu agar Kau permudahkan diriku dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. ya Allah. sedarkan aku saat aku terlupa, tunjuk dan bimbinglah aku ke jalan yg benar saat aku tersalah. pelihara imanku ya Ilahi. lindungi aku dan jangan tinggalkan aku.'' Aminn. Yakini Dia. pasti Dia akan membantu~ Assalamualaikum. by: cynta Iman ♥ ![]() ![]() |