Welcome
![]() ![]() De'Owner ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ShoutBox Past Tense THANK YOU ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| Friday, 14 September 2012 | 05:56 | 0 panda bak kata orang, Dunia akan membeku jika tiadanya Cinta. mungkin kah?
ALLAH .. ALLAH .. ALLAH .. sungguh indah namaMU :)
inilah yang dikatakan sebuah cinta yang diciptakan oleh Allah swt. cinta yang sentiasa membisikkan kita tentang erti kehidupan sebenar. seakan menyapa diri dan semacam melindungi diri biarpun banyak dosa yang menghimpit. janji pada hamba tidak pernah dimungkiri. Cinta dimana tempat jatuhnya pandangan Allah swt, tempat berkumpulnya rahmat dan hidayahNya.
cinta tapi sayang itu begitu murah bagi pandangan manusia yang lalai. wallahualam -,- dibiarkan terus menerus retak menanti pecah berderai oleh dosa yang hitam :(
tapi .. masihkan ada peluang bagi kita membersih hati yang dicipta oleh Allah swt untuk menikmati sejuta rasa nikmatNya? nikmat Islam dan Iman, nikmat kebahagiaan dan ketenangan .
namun iman yang seakan hilang dan sempit itu akan berakhir jika kita bersedia dan segera memperbaiki cinta kepadaNya .
melicinkan hati dari debu yang melekat, kerana tiada seorang pun yang sanggup menderita tanpa cahaya iman .
diri kita ini musafir, kadangkala rebah dalam perjalanan menuju ke destinasi. namun tautan ukhwah yang erat merealitikan segalanya. hakikat kembara memang sukar kerana noda tidak henti-henti bertapak dalam hati. '
tidak akan dibiarkan hati ini dibiarkan kosong dengan dunia, tidak dibiarkan hati ini jauh darinya.
sama-samalah kita mencari cinta Allah . Dia akan mencintai kita selamanya . biar betapa besar dugaan yang menimpa, insyaAllah kita akan pasti berasa tenang dan bahagia :')
![]() ![]() |