Welcome
![]() ![]() De'Owner ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ShoutBox Past Tense THANK YOU ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| Wednesday, 25 July 2012 | 07:50 | 0 panda Ya Allah... peluklah hati ini di saat aku mulai gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku. Biarlah ku simpul dalam setiap doa doaku dalam istikharahku kepada-MU,perasaan ini agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku agar bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya Allah.
Ya Allah...
pimpinlah hati hambamu ini agar aku hanya menerima cinta seorang insan yang benar2 pilihan-MU bukan semata mata pilihan nafsuku.
jika memang dia baik untukku,agamaku,masa depanku, dunia dan akhiratku, mampu membimbing dan membawaku lebih dekat pada-MU maka dekatkanlah diriku dengannya dan satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah,mawaddah dan warahmah. Tapi jika bukan dia yang terbaik maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. jadikanlah kekagumanku sama seperti orang lain kagum padanya. Engkau Maha Mengetahui,maka kutitipkan rasa ini.. ku serahkan semuanya kepada-MU kerana semua ini adalah milik-MU. aminn.
meh tengok kata2 kt bawah nie. cantikk! dan semoga berguna utk kita semuaa dlm mncari pilihan masing2 :) insyaALLAH.
Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati, Kerana cintaku bukan pada pandangan semata-mata, Takut jika diwarnai kegelapan.. Kita buta hilang arah.. Pilihanku.. Bukannya pada manis tutur kata bermadah.. Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela.. Andainya suara dikaburi fitnah.. Kita rebah tidak bermaya.. Pilihanku.. Bukan pada banyaknya harta dunia.. Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga.. Bintang kemewahan membawa leka.. Menghilangkan cinta kita padaNYA.. Lalu dimanakah bahagia? Pilihanku itu.. Seorang yang buta.. Buta menilai paras rupa.. Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku.. Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia.. Pilihanku itu.. Seorang yang papa dan hina.. Papa dengan takbur yang menyubur.. Hina kerana sederhana.. Iman memujuk jiwanya.. Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah.. Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan.. Pilihan kami.. Pada agama yang memelihara.. Pada syahadah yang mengiringi.. Pada al-Quran yang membimbing.. Biar.. Cinta kami pada yang Maha Menyintai.. Kerana janjiNYA yang pasti.. Cinta kami pada kekasih Ilahi.. Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki.. Kasih isteri pada cinta yang diberi.. Biarlah sampai ke akhirat nanti.. Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya.. Bukan cuma kekasih duniawi.. Tapi teman menuju syurgawi..
dan yangg pastii diri ini sentiasa mendambakan Imam yg soleh agarr dapatt mmbimbing diri ini. bukan apaa. diri ini hnya wanita akhir zaman. yg ingnkn perubahan yg bernilai solehah ♥ insyallah. aminnn.
![]() ![]() |