Welcome
De'Owner 10/9/93 ''Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu. cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya'' (HR Tirmidzi dan al-Hakim) I respect myself and people who respect me. Thank you sarawak saya manusia yang tidak sempurna dan selamanya tidak sempurna. kerana itu saya menyampaikan 'dakwah kecil' setakat yang saya tahu. pesanan yang saya tulis bukan kerana saya orang alim ataupun sudah cukup baik dari segi akhlak dan agamaNya. ia hanya sekadar usaha supaya dikasihiNya. jika banyak kekurangan yang anda lihat pada diri ini, anda memang benar. itulah saya ;) ''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan'' (Imam Hasan Al-Basri) Ingatlah. apa yang kita perolehi dan miliki sekarang semuanya datang dari Allah S.W.T. Setinggi mana pun kita, sehebat mana pun kita, jangan pernah lupakan hakikat bahawa semuanya datang dari perancanganNya. "Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku'' Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah. I LOVE ALLAH S.W.T I LOVE RASULULLAH S.A.W ShoutBox Past Tense THANK YOU Own by : Fifiyfitrianiee Template by : hazdnul Template by : Ziera Others : ✦ ✦ ✦
| Monday, 12 November 2012 | 23:16 | 0 panda .
hebat sungguh orang yang penyabar. diamnya menenangkan, kadangkala tangisnya bukan bermakna kalah atau putus asa. hebatkan? hebat dan hebat. andai diri seperti ni memang untunglah. tapi tak mampuu ;(
kekadang diri sering diuji, apalah salah diri? ingin menggapai impian tapi trpaksa tunggu dannnnnn tunggu. dalamnya diuji dengan pelbagai situasi. airmata yg jadi peneman diri. Allah yang tahu isi hati ini T.T
adakah aku layak untuk mendapat apa yang aku impikan? atau sebaliknya? apakah doa-doaku akan dikabulkan? atau sebaliknya juga?
walau apa punn, aku akan yakin yg aku boleh. boleh dan sememangnya boleh. kalau niat dah betol insyaAllah akan dipermudahkan. aku perlu kan kesabaran, kesabaran yg tinggi. perlu kuat sebab aku tahu kesabaran yg tinggi tu akan ada hasilnyaa.
Allah berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)
Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim) Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim) Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud) Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah) Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim) Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim) Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya : Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari) Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 ) Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146) Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari) Syair Arab mengatakan, “Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.” # perjalanan hidup akan lebih indah jika Allah dihati dan sabar sentiasa menjadi teman disisi :') |